Sunday, February 10, 2019

KEGEMILANGAN DAN KEJATUHAN KERAJAAN ABASIYAH

                     

FAKTOR KEGEMILANGAN KERAJAAN ABASIYYAH

Kestabilan politik
Memberi perhatian serius kepada pembasmian pemberontakan dan perbalahan puak

Dasar politik kerajaan abbasiyah
Memberi layanan yang adil kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa & keturunan
Menjalankan hubungan diplomatik yang baik dengan negara luar

Kedudukan Baghdad yang strategik
Ia berada ditengah-tengah laluan para pedagang timur & barat
Menjadi pusat kegiatan perdagangan & pusat pertemuan sarjana timur dan barat

Perpaduan antara kaum
Memberi layanan yang adil kepada semua bangsa seperti bangsa Turki, Parsi & Arab
Mereka diberi hak yang sama untuk menjawat jawatan dalam pentadbiran negara
Orang bukan Islam juga diberi layanan baik selagi mereka tidak mengkhianati kerajaan Islam. Mereka bebas mengamalkan ajaran agama masing-masing

Penghayatan konsep kerja sebagai ibadat
Konsep ini mendorong para sarjana untuk mengkaji tentang muamalat menurut islam
Umat islam terdorong secara aktif dalam bidang ekonomi hasil dari cetusan idea & hukum hakam yang dihurai oleh para cendekiawan islam dalam konsep muamalat



 FAKTOR KEMEROSOTAN KERAJAAN ABASIYYAH

Kelemahan pemerintah
Pemerintah ketika itu Al-Wasiqm, tidak melakukan sebarang pembaharuan
Beliau hanya bergantung kepada pegawai-pegawai Turki untuk mentadbir negara
Saudara Al-Wasiq iaitu Al-Mutawakkil mengmbil alih pemerintahan & cuba untuk mengembalikan kegemilangan pentadbiran khalifah tanpa campur tangan pegawai berbangsa turki & parsi
Usaha beliau tidak dapat diteruskan kerana pengaruh Turki dan Parsi begitu kuat menguasai percaturan politik kerajaan abbasiyah

Perpecahan wilayah di bawah kekuasaan kerajaan Abbasiyah
Akhir kurun 9 masihi menunjukkan kuasa khalifah semakin terbatas
Banyak jawatan-jawatan penting disandang oleh bangsa Turki dan Parsi
Bangsa-bangsa ini mula membentuk kerajaan & pengaruh sendiri
Perpecahan ini mengakibatkan keruntuhan kuasa Abbasiyah

Perebutan kuasa
Putera-putera Al-Mutawakkil berebut kuasa khalifah mengakibatkan kelemahan pentadbiran kerajaan Abbasiyah
- Jawatan khalifah menjadi rebutan
- Persaingan tidak sihat di antara beberapa bangsa yang terhimpun dalam daulah abasiyyah terutamanya ARAB,PERSIA & TURKI

Kegawatan ekonomi
Rusuhan & pemberontakan sering berlaku pada akhir zaman kegemilangan Abbasiyah yang mengganggu perkembangan ekonomi kerajaan Abbasiyah
Para pedagang tidak lagi berkunjung ke Baghdad menyebabkan dana yang tersimpan di Baitulmal semakin merosot berbanding peruntukan yang dikeluarkan

Perselisihan aliran fahaman keagamaan
- Pemberontak dari golongan syiah & khawarij sering mengganggu pentadbiran kerajaan Abbasiyah
- Mereka berpendapat jawatan khalifah hanya layak disandang oleh pemimpin kumpulan mereka sahaja
- Keadaan ini mengganggu keamanan negara

Serangan dari luar
- Kerajaan abbasiyah di akhir zaman pemerintahan diserang oleh musuh-musuh dari utara ( Gorgia & Arminia ), barat ( tentera salib ) dan timur ( kerajaan Monggol )
- Banyak kawasan-kawasan Islam diserang serta umat islam dibunuh dengan kejam semasa serangan ini
- Kawasan-kawasan kecil lain ada yang menuntut kemerdekaan dari jajahan Abbasiyah
- Pusat pentadbiran di Baghdad tidak dapat memainkan peranan berikutan serangan-serangan tersebut & ramai pejuang-pejuang Islam yang terkorban

Iktibar dari sejarah kegemilangan Islam


  •  Kita harus sedar bahawa kemajuan yang dicapai pada hari ini adalah hasil daripada sumbangan umat Islam pada zaman Kerajaan Abbasiyyah.
  • Orang-orang Barat telah memindahkan penemuan pelbagai bidang ilmu sains dan teknologi ke negara mereka dan menterjemahkannyake bahasa mereka.
  • Umat Islam perlu berusaha mengembalikan zaman kegemilangan Islam dengan belajar bersungguh-sungguh dan menjadi pakar dalam semua bidang yang diperlukan oleh manusia.

Pengajaran yang dapat di ambil disebalik kejatuhan Abasiyyah


-    sentiasa hidup bersatu padu
-    setiap keputusan hendaklah dibuat secara mesyuarat
-    elakkan daripada berlaku permusuhan di antara kaum
-    jangan mudah percaya kepada musuh
-    setiap pemimpin hendaklah mentadbir dengan ikhlas dan berwibawa

PENYEBARAN ISLAM PADA ZAMAN ABASIAH


                                      

1) Sejarah Tamadun Islam

  1. Bermula sejak terbinanya negara Islam pertama di Madinah pada zaman Rasulullah s.a.w;
  2. Selepas baginda wafat penyebaran Islam diteruskan oleh Khulafa Ar-Rasyidin, Bani Umayyah dan Abbasiyah;
  3. Zaman Kerajaan Abbasiyah adalah zaman KEMUNCAK bagi kegemilangan tamadun Islam kerana mencapai kejayaan dalam pelbagai bidang.

2) Latar Belakang Kerajaan Abbasiyah

  1. Nama kerajaan diambil sempena nama bapa saudara Rasulullah s.a.w; Al-Abbas;
  2. Memerintah selama 500 tahun lebih; 132H/150M - 650H/1258M;
  3. Ditubuhkan secara rasminya oleh Abu Al-Abbas As-Saffah.

3) Struktur Kerajaan Abbasiyah

  1. Mengamalkan sistem pemerintahan secara WARISAN seperti yang diamalkan Kerajaan Bani Umaiyah;
  2. Dipimpin oleh 37 orang khalifah;
  3. Corak Pentadbiran - Diadaptasi daripada sistem Kerajaan Parsi.

3.a) Sistem Pemerintahan

  1. Al-Khalifah - Ketua negara yang bertindak Pemimpin tertinggi dalam Wilayah Islam.
  2. Al-Wazir - Perdana menteri yang bertindak sebagi ketua pentadbir.
  3. Ad-Dawawin - Jabatan-jabatan kerajaan(Polis, Audit, Pertahanan, Kebajikan, Perhubungan). Berada di bawah pengawasan Al-Kutta(Sekretari /Setiausaha)

4) Khalifah² Abbasiyah


4.a) Khalifah Abu Al-Abbas As-Saffah

  1. Khalifah yang pertama;
  2. Memerintah selama 4 tahun 9 bulan(132H/750M - 136H/754M);

> Sumbangan:

  1. Mengasaskan K. Abbasiyah;
  2. Menghapuskan pemberontakan.

4.b) Khalifah Abu Jaafar Al-Mansur

  1. Saudara kandung As-Saffah;
  2. Menjadi khalifah selama 22 tahun(136H/754M - 158H/775M)

> Sumbangan:

  1. Menjadi Baghdad sebagai ibu kota dan membangungkannya;
  2. Memperbaiki sistem cukai;
  3. Membuat saliran² air di kawasan pertanian;
  4. Menyediakan pasar² di tempat yang strategik.

4.c) Khalifah Harun Ar-Rasyid


  1. Khalifah yang warak dan terkenal
  2. Memerintah selama 23 tahun lebih(170H/786M - 192H/809M)

> Sumbangan:

  1. Memerintah Al-Qadhi Abu Yusuf untuk menulis kitab tentang percukaian sehingga terhasilnya kitab Al-Kharaj;
  2. Mewujudkan jawatan baru iaitu Qadhi Al-Qudhah;
  3. Menubuhkan Baitul Hikmah iaitu pusat ilmu pengetahuan;
  4. Menjadikan Kota Baghdad sebagai pusat perdangan, ilmu pengetahuan dam kebudayaan;
  5. Membina lebih banyak prasana(kemudahan awan) seperti hospital, institut pengajian dan farmasi.

4.d) Khalifah Al-Makmum

  1. Nama sebenar, Abdullah Abu Al-Abbas Al-Makmum;
  2. Putera kepada Harun Ar-Rasyid;
  3. Menjadi khalifah selama 20 tahun(198H/813M - 218H/833M)

> Sumbangan:

  1. Memberi biasiswa kepada pelajar² yang berjaya;
  2. Menggiatkan usaha penterjemahan pelbagai bidang ilmu pengetahuan.

5) Faktor Penyebaran Islam Pada Zaman Abbasiyah


Faktor Dalaman

  1. Penduduk setempat yang tertarik dengan Islam;
  2. Galakan khalifah yang menyediakan peruntukan khas dari Baitulmal untuk para ulama dan pendakwah;
  3. Dasar kerajaan yang menyamakan status orang dengan orang bukan arab.
  4. Kedudukan Baghdad sebagai pusat ilmu dan perdangan antarabangsa.

Faktor Luaran

  1. Pembukaan wilayah baru;
  2. Penggunaan bahasa Arab secara holistik;
  3. Hubungan diplomatik dengan negara² luar;
  4. Usaha para pendakwah menyebarkan Islam melalui aktiviti perdangan.

6) Kesan Positif Penyebaran Islam


AKIDAH

  1. Mengubah pegangan akidah masyarakat pada zaman tersebut;
  2. Para sarjana berjuang memurnikan akidah daripada pengaruh yang menyelewengkan;
  3. Mereka tertarik dengan ajaran Islam yang menghapuskan perhambaan sesama manusia;
  4. Masjid dibina di merata-rata tempat dan dijadikan tempat berdakwah, menuntut ilmu dan beribadat.

Ilmu Pengetahuan

  1. Islam mewajibkan umatnya menuntut ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah adalah sebagai jihad;
  2. Kerajaan Abbasiyah menyediakan pelbagai prasarana pendidikan seperti masjid dan sekolah agama;
  3. Ilmu yang terdapat pada masa itu ialah ilmu al-Quran, hadis, nahu, geografi, matematik, falak, perubatan, fizik dan falsafah;
  4. Umat Islam amat disegani oleh umat yang lain pada ketika itu.

Kebudayaan

  1. Umat Islam di zaman ini mengamalkan budaya dan nilai Islam yang sejagat;
  2. Sebahagian daripada kebudayaan yang tidak bertentangan dengan Islam masih lagu dikekalkan;
  3. Kebudayaan juga memperngaruhi seni bina Islam pada masa itu.

Sistem Kemasyarakatan

  1. Islam mengamalkan konsep keadilan sesama manusia tanpa mengira bangsa serta warna kulit;
  2. Kerajaan Abbasiyah memberi peluang perkejaan kepada orang bukan Arab untuk memegang jawatan dalam pentadbiran negara;
  3. Orang bukan Islam bebas mengamalkan kepercayaan masing-masing.

7) Semangat Jihad Umat Islam Pada Zaman Kerajaan Abbasiyah

  1. Mereka melihat konsep jihad dalam aspek yang lebih luas, bukan sekadar mengangkat senjata di medan perang;
  2. Mereka berusaha memajukan diri sendiri serta negara dengan menerokai pelbagai ilmu;
  3. Kejayaan ini meletakkan dunia Islam sebagai kuasa besar dunia pada zaman itu, di mana Islam menguasai hampir 2/3 dunia

Monday, February 4, 2019

SOALAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)

 NOMBOR 1


Sesungguhnya yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami hanyalah orang-orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat-ayat itu, mereka segera merebahkan diri sambil sujud (menandakan taat patuh), dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka, dan mereka pula tidak bersikap sombong takbur.
Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan sembahyang tahajjud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaanNya); dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepada mereka.

SOALAN

Ayat diatas menerangkan ciri-ciri orang beriman dengan kekuasaan ALLAH SWT.Berdasarkan ayat di atas,
Bangun 2/3malam untuk melakukan qiamullail lebih sukar berbanding bangun untuk memnonton perlawanan bola sepak.Mengapakah perkara tersebut berlaku?Huraikan.

JAWAPAN

Pada pandangan saya,hal ini berlaku kerana kurang didikan agama daripada ibubapa.oleh sebab itu,mereka memandang ia sebagai satu perkara yang remeh dan lebih mementingkan urusan duniawi.Seperti firman ALLAH SWT dalam surah isra' ayat ke-18 yang bermaksud,sesiapa yang menghendaki (kesenangan hidup) dunia,kami akan segerakan kepadanya dalam dunia apa yang kami kehendaki,bagi siapa yang kami kehendaki;kemudian kami sediakan baginya neraka jahanam (di akhirat kelak),untuk membakarnya dalam keadaan yang hina lagi tersingkir dari rahmat ALLAH SWT.Kesimpulannya,ibubapa hendaklah memainkan peranan dalam memberi didikan agama yang secukupnya kepada anak-anak mereka agar mereka dapat menyeimbangkan antara duniawi dan ukhrawi.

KAIFIAT PERKAHWINAN DALAM ISLAM

PEMILIHAN CALON SUAMI ISTERI

Islam telah menggariskan beberapa ciri utama sebagai panduan memilih calon suami isteri seperti bertaqwa,bertanggungjawab,bertimbang rasa dan berilmu.

HADIS RASULULLAH :-

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a., ia berkata: Rasulullah bersabda:

“Wanita dinikahi karena empat perkara; karena hartanya, karena kedudukannya/keturunannya, karena kecantikannya dan keranan agamanya. Maka, pilihlah yang baik agamanya niscaya engkau beruntung.” (Diriwayatkan oleh al-Bukhari (3/242), Muslim (2/1086), Abu Dawud (2047), an—Nasaa’i (6/68) dan Ibnu Majah (1858))






WANITA YANG HARAM DINIKAHI


MERISIK DAN MEMINANG

DEFINISI:-

MERISIK : Langkah awal dalam memilih calon isteri yang sesuai serta menepaticiri-ciri yang dikehendaki seseorang.

MEMINANG : Lamaran seorang lelaki kepada seorang perempuan untuk dijadikan isteri.





1) MERISIK


2) MEMINANG






PERKAHWINAN DALAM ISLAM

PENGERTIAN

BAHASA : Cantum atau himpun

ISTILAH  : Akad yang menggunakan lafaz akad nikah atau bahasa-bahasa lain yang memberi makna nikah,yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan.

HUKUM-HUKUM PERKAHWINAN


HIKMAH PERKAHWINAN DALAM ISLAM

1) Menjamin kesihatan - Mengelakkan daripada penyakit kelamin.

2) Memenuhi tuntutan rohani dan jasmani.

3) Menjalinkan hubungan silaturahim antara kedua belah pihak.

4) Memberi ketenteraman kepada suami dan isteri.



ASAS PEMBINAAN RUMAH TANGGA UNTUK MENJAMIN KEBAHAGIAAN KELUARGA

1) IMAN DAN TAQWA

2) KASIH SAYANG DAN BELAS KASIHAN

3) PERGAULAN YANG BAIK



PERSEDIAAN SEBELUM MEMASUKI GERBANG PERKAHWINAN

1) ILMU DAN AKHLAK

2) FIZIKAL DAN MENTAL

3) EKONOMI YANG STABIL


IMPLIKASI PERKAHWINAN YG TIDAK MENGIKUT UNDANG-UNDANG ISLAM



LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGATASI



Sunday, January 27, 2019

ADAB MEMELIHARA ALAM SEKITAR

KEPENTINGAN ALAM SEKITAR

   Alam sekitar adalah anugerah Tuhan yang amat bernilai kepada kesejahteraan kehidupan. Manusia banyak bergantung kepada sumber-sumber semulajadi di muka bumi ini. Allah telah mencipta alam ini seimbang untuk kemakmuran munusia. Bumi yang luas dijadikan tempat tinggal manusia, gunung-gunung sebagai pemasak bumi, tumbuh-tumbuhan sebagai sumber makanan dan ubatan kepada kehidupan, demikian juga dengan pelbagai jenis haiwan dan hidupan di lautan. Alam sekitar yang tidak tercemar memberikan kita suasana yang selesa dan menyamankan. Di samping memberi keselesaan kepada manusia, ia juga sedikit sebanyak akan terjejas akibat aktiviti-aktiviti pembangunan negara sekiranya alam sekitar di negara kita tidak dijaga dengan baik.





Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).
(Surah Ar-Rum : 41 )


PUNCA -PUNCA PENCEMARAN ALAM SEKITAR


   

1) PENCEMARAN UDARA

Definisi :apabila terdapat gas, cecair, atau zarah berbahaya yang terkandung dalam udara sehingga berlaku perubahan dan menjejaskan kehidupan atau bahan-bahan lain.



PUNCA PENCEMARAN:

· Bertambah bilangan kenderaan bermotor
( karbon monoksida)

· Asap daripada kilang

· Pembakaran terbuka
· Asap rokok


2) PENCEMARAN AIR

Definisi : perubahan yang berlaku pada kandungan, keadaan, dan warna air sehingga tidak selamat untuk kehidupan air dan kegunaan manusia



PUNCA PENCEMARAN :

· Sisa bahan buangan kilang yang berbahaya

· Pembuangan sampah dan sisa kumbahan atau tumpahan minyak

· Penerokaan hutan yang tidak terkawal – hakisan sungai



3) PENCEMARAN TANAH



Definisi : perbuatan yang dilakukan terhadap sesuatu kawasan sehingga terjadi pertukaran warna, kesuburan dan hakisan tanah.


PUNCA PENCEMARAN:

· Pembuangan sisa toksik dan sisa pepejal

· Pembuangan sampah sarap merata-rata

· Penggunaan racun serangga.


4) PENCEMARAN BUNYI

Definisi : bunyi yang berlebihan sehingga mengganggu keselesaan hidup. Tahap kebisingannya melebihi 80(A) decibel (dB)




PUNCA PENCEMARAN:

· Kenderaan berenjin

· Mesin dan jentera

· Kerja-kerja pembinaan


CARA-CARA UNTUK MENGATASI PENCEMARAN ALAM SEKITAR


VIDEO YANG BERKAITAN

video sayangi alam sekitar oleh animasi kartun
OMAR DAN HANA
















KEGEMILANGAN DAN KEJATUHAN KERAJAAN ABASIYAH

                      FAKTOR KEGEMILANGAN KERAJAAN ABASIYYAH Kestabilan politik -  Memberi perhatian serius kepada pembasmian p...