1) Sejarah Tamadun Islam
- Bermula sejak terbinanya negara Islam pertama di Madinah pada zaman Rasulullah s.a.w;
- Selepas baginda wafat penyebaran Islam diteruskan oleh Khulafa Ar-Rasyidin, Bani Umayyah dan Abbasiyah;
- Zaman Kerajaan Abbasiyah adalah zaman KEMUNCAK bagi kegemilangan tamadun Islam kerana mencapai kejayaan dalam pelbagai bidang.
2) Latar Belakang Kerajaan Abbasiyah
- Nama kerajaan diambil sempena nama bapa saudara Rasulullah s.a.w; Al-Abbas;
- Memerintah selama 500 tahun lebih; 132H/150M - 650H/1258M;
- Ditubuhkan secara rasminya oleh Abu Al-Abbas As-Saffah.
3) Struktur Kerajaan Abbasiyah
- Mengamalkan sistem pemerintahan secara WARISAN seperti yang diamalkan Kerajaan Bani Umaiyah;
- Dipimpin oleh 37 orang khalifah;
- Corak Pentadbiran - Diadaptasi daripada sistem Kerajaan Parsi.
3.a) Sistem Pemerintahan
- Al-Khalifah - Ketua negara yang bertindak Pemimpin tertinggi dalam Wilayah Islam.
- Al-Wazir - Perdana menteri yang bertindak sebagi ketua pentadbir.
- Ad-Dawawin - Jabatan-jabatan kerajaan(Polis, Audit, Pertahanan, Kebajikan, Perhubungan). Berada di bawah pengawasan Al-Kutta(Sekretari /Setiausaha)
4) Khalifah² Abbasiyah
4.a) Khalifah Abu Al-Abbas As-Saffah
- Khalifah yang pertama;
- Memerintah selama 4 tahun 9 bulan(132H/750M - 136H/754M);
> Sumbangan:
- Mengasaskan K. Abbasiyah;
- Menghapuskan pemberontakan.
4.b) Khalifah Abu Jaafar Al-Mansur
- Saudara kandung As-Saffah;
- Menjadi khalifah selama 22 tahun(136H/754M - 158H/775M)
> Sumbangan:
- Menjadi Baghdad sebagai ibu kota dan membangungkannya;
- Memperbaiki sistem cukai;
- Membuat saliran² air di kawasan pertanian;
- Menyediakan pasar² di tempat yang strategik.
4.c) Khalifah Harun Ar-Rasyid
- Khalifah yang warak dan terkenal
- Memerintah selama 23 tahun lebih(170H/786M - 192H/809M)
> Sumbangan:
- Memerintah Al-Qadhi Abu Yusuf untuk menulis kitab tentang percukaian sehingga terhasilnya kitab Al-Kharaj;
- Mewujudkan jawatan baru iaitu Qadhi Al-Qudhah;
- Menubuhkan Baitul Hikmah iaitu pusat ilmu pengetahuan;
- Menjadikan Kota Baghdad sebagai pusat perdangan, ilmu pengetahuan dam kebudayaan;
- Membina lebih banyak prasana(kemudahan awan) seperti hospital, institut pengajian dan farmasi.
4.d) Khalifah Al-Makmum
- Nama sebenar, Abdullah Abu Al-Abbas Al-Makmum;
- Putera kepada Harun Ar-Rasyid;
- Menjadi khalifah selama 20 tahun(198H/813M - 218H/833M)
> Sumbangan:
- Memberi biasiswa kepada pelajar² yang berjaya;
- Menggiatkan usaha penterjemahan pelbagai bidang ilmu pengetahuan.
5) Faktor Penyebaran Islam Pada Zaman Abbasiyah
Faktor Dalaman
- Penduduk setempat yang tertarik dengan Islam;
- Galakan khalifah yang menyediakan peruntukan khas dari Baitulmal untuk para ulama dan pendakwah;
- Dasar kerajaan yang menyamakan status orang dengan orang bukan arab.
- Kedudukan Baghdad sebagai pusat ilmu dan perdangan antarabangsa.
Faktor Luaran
- Pembukaan wilayah baru;
- Penggunaan bahasa Arab secara holistik;
- Hubungan diplomatik dengan negara² luar;
- Usaha para pendakwah menyebarkan Islam melalui aktiviti perdangan.
6) Kesan Positif Penyebaran Islam
AKIDAH
- Mengubah pegangan akidah masyarakat pada zaman tersebut;
- Para sarjana berjuang memurnikan akidah daripada pengaruh yang menyelewengkan;
- Mereka tertarik dengan ajaran Islam yang menghapuskan perhambaan sesama manusia;
- Masjid dibina di merata-rata tempat dan dijadikan tempat berdakwah, menuntut ilmu dan beribadat.
Ilmu Pengetahuan
- Islam mewajibkan umatnya menuntut ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah adalah sebagai jihad;
- Kerajaan Abbasiyah menyediakan pelbagai prasarana pendidikan seperti masjid dan sekolah agama;
- Ilmu yang terdapat pada masa itu ialah ilmu al-Quran, hadis, nahu, geografi, matematik, falak, perubatan, fizik dan falsafah;
- Umat Islam amat disegani oleh umat yang lain pada ketika itu.
Kebudayaan
- Umat Islam di zaman ini mengamalkan budaya dan nilai Islam yang sejagat;
- Sebahagian daripada kebudayaan yang tidak bertentangan dengan Islam masih lagu dikekalkan;
- Kebudayaan juga memperngaruhi seni bina Islam pada masa itu.
Sistem Kemasyarakatan
- Islam mengamalkan konsep keadilan sesama manusia tanpa mengira bangsa serta warna kulit;
- Kerajaan Abbasiyah memberi peluang perkejaan kepada orang bukan Arab untuk memegang jawatan dalam pentadbiran negara;
- Orang bukan Islam bebas mengamalkan kepercayaan masing-masing.
7) Semangat Jihad Umat Islam Pada Zaman Kerajaan Abbasiyah
- Mereka melihat konsep jihad dalam aspek yang lebih luas, bukan sekadar mengangkat senjata di medan perang;
- Mereka berusaha memajukan diri sendiri serta negara dengan menerokai pelbagai ilmu;
- Kejayaan ini meletakkan dunia Islam sebagai kuasa besar dunia pada zaman itu, di mana Islam menguasai hampir 2/3 dunia
No comments:
Post a Comment