NOMBOR 1
Sesungguhnya yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat
keterangan Kami hanyalah orang-orang yang apabila diberi peringatan dan
pengajaran dengan ayat-ayat itu, mereka segera merebahkan diri sambil sujud
(menandakan taat patuh), dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji
Tuhan mereka, dan mereka pula tidak bersikap sombong takbur.
Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat
tidur, kerana mengerjakan sembahyang tahajjud dan amal-amal soleh); mereka
sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya)
serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaanNya); dan mereka selalu
pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepada mereka.
SOALAN
Ayat diatas menerangkan ciri-ciri orang beriman dengan kekuasaan ALLAH SWT.Berdasarkan ayat di atas,
Bangun 2/3malam untuk melakukan qiamullail lebih sukar berbanding bangun untuk memnonton perlawanan bola sepak.Mengapakah perkara tersebut berlaku?Huraikan.
JAWAPAN
Pada pandangan saya,hal ini berlaku kerana kurang didikan agama daripada ibubapa.oleh sebab itu,mereka memandang ia sebagai satu perkara yang remeh dan lebih mementingkan urusan duniawi.Seperti firman ALLAH SWT dalam surah isra' ayat ke-18 yang bermaksud,sesiapa yang menghendaki (kesenangan hidup) dunia,kami akan segerakan kepadanya dalam dunia apa yang kami kehendaki,bagi siapa yang kami kehendaki;kemudian kami sediakan baginya neraka jahanam (di akhirat kelak),untuk membakarnya dalam keadaan yang hina lagi tersingkir dari rahmat ALLAH SWT.Kesimpulannya,ibubapa hendaklah memainkan peranan dalam memberi didikan agama yang secukupnya kepada anak-anak mereka agar mereka dapat menyeimbangkan antara duniawi dan ukhrawi.
No comments:
Post a Comment